Pelancongan domestik antara sektor yang mempamerkan pemulihan pantas selepas lebih dua tahun terjejas akibat pandemik COVID19.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia Thailand, Malaysia Singapura pada 1 April lepas.
